Zikir Harian Imam Al Ghazali

Zikir harian yang dipaparkan di halaman ini adalah amalan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Siapakah Imam al-Ghazali? Nama sebenar beliau ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-tusi. Beliau yang juga diberikan gelaran Abu Hamid merupakan seorang yang sangat luas ilmu pengetahuannya. Dilahirkan pada tahun 450H bersamaan 1058M dan meninggal dunia pada hari Isnin, 14 Jamadilakhir tahun 505H bersamaan 19 Disember 1111M. Antara karya-karya Imam Al-Ghazali yang popular dan banyak digunakan di seluruh dunia hingga sekarang ialah Ihya’ Ulum al-Din, Bidayah al-Hidayah, Minhaj al-Abidin, dan banyak lagi.

Anjuran Untuk Berzikir

Allah berfirman :

  يا أيها الذين أمنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا, وسبحوه بكرة وأصيلا

Artinya : “hai sekalian orang yang mu’min ! Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya dan tasbihlah memuji Allah pagi-pagi dan petang-petang” (Al-Ahzab : 41–42).

Hadits dari Abu Hurairah yang bermaksud:
Telah majulah orang-orang istimewa! Tanya mereka ‘Siapakah orang-orang istimewa?’ Ujar Nabi saw. ‘Mereka ialah orang-orang yang berdzikir baik laki-laki maupun wanita’ ”. (HR. Muslim).

dan terdapat banyak lagi Dalil yang dianjurkan untuk kita berzikir.

Terdapat banyak jenis zikir yang boleh diamalkan sesuai dengan hadis Nabi S.A.W dan salah satu darinya ialah zikir yang diamalkan oleh Imam Al-Ghazali ini.

Zikir Harian Isnin Hingga Ahad (Imam Al-Ghazali)

Berikut merupakan zikir amalan Imam Al-Ghazali. Dianjurkan membacanya 1000 kali. Tetapi ianya tidaklah terikat dengan jumlah sebanyak itu. Apa yang pasti, InsyaAllah semakin banyak anda baca semakin banyak pahala yang anda akan dapat dan anda akan diredhaiNya.

Hari Jumaat

Hari Sabtu

Hari Ahad

Hari Isnin

Hari Selasa

Hari Rabu

Hari Khamis

Diharap anda dapat mengamalkannya dan berkongsi bersama saudara mara dan sahabat handai. Jika terdapat ralat dan kesilapan dalam penulisan saya ini diminta agar para Tuan Guru, dan Ustaz yang melihat posting ini memberi teguran kepada saya supaya dapat diperbaiki. Semoga kita akan sama-sama memperoleh keredhaanNya.

Leave a Comment